0 comment(s) ♥ Friday, June 1, 2012 ♥ 2:18 AM


Ya Allah..
Sesungguhnya Engkau telah membuat hati ini bahagia dengan mencintaiMu..
ku pohon..
Janganlah Engkau membuat hati ini merana kerana mencintai selain dariMu..
Ya Allah..
Andai muslimin itu hanya ujian buatku..
untuk menguji sekuat manakah cintaku terhadapMu..
Izinkanlah aku mempertahankan cintaku terhadapMu..
sesungguhnya kasih sayangMu itu Halus ya Allah..
Engkau sentiasa menguji hambaMu yang Engkau cintai..
Ya Allah..ampuni aku..
Andai nilai cintaku di sisiMu masih lemah..
sesunggunya aku ingin mencintaiMu..
Ya Allah..
hati seorang muslimah yang telah tertulis nama seorang lelaki..
tidak ada lagi ruang untuk NurMu memenuhinya..
peliharalah cintaku terhadapMu..
Andai aku hanyut dengan cinta seorang muslimin...
sedarkanlah daku..
aku tak mahu hanyut ya Allah..
selamatkan aku dengan rahmat Mu...
andai muslimin itu hanya ujian buatku..
kerana...
aku tak sanggup kerana cinta manusia..
cintaMU yang menjadi gantinya...
sungguh...
aku x sanggup ya Allah....
BUAT MUSLIMIN..
Aku hanya seorang wanita biasa yang menyembunyikan diriku yang manja darimu..
bukan ingin menjadi hipokrit..
tapi aku menutupnya untuk sekian masa sahaja selagi kita belum sah di sisi Allah..
aku bersuara kasar bukan ingin lari dari fitrahku..
tapi..
aku menyembuyikan suaraku yang manja darimu..
agar kau x mencariku hanya kerana kau tergoda dengannya..
aku menutupi tubuhku seeratnya dari pandanganMu..
seinci rambut pun aku sembunyikan..
semua kerana..
aku lakukan kerana diriku ini akan aku berikan kepada dia yang berhak





