\\Afiqah Azaldin//
entry


about


stuff

Le Owner

Kesukaran itu bagaikan celak yang dapat kita gunakan untuk melihat apa yang kita lihat ketika dalam keadaan nikmat...Kejujuran itu kekasih Allah.keterusterangan itu mrupakan sabun pencuci hati.pengalaman itu bukti.dan seorang pemandu jalan x akan membohongi rombongannya.Tidak ada satu pekerjaan yg lebih melegakan hati dan lebih mulia pahalanya selain berzikir kepada Allah..

0 comment(s) ♥ Wednesday, May 30, 2012 ♥ 9:35 PM



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
"Berikanku sepuluh orang pemuda, maka akan ku goncangkan dunia..– [Presiden Pertama Indonesia, Bung Sukarno]
PEMUDA.. itulah kuasa seorang PEMUDA. Mereka bukan seperti pemuda biasa-biasa, bukan juga lelaki dalam kebanyakan manusia, tetapi merekalah PEMUDA harapan BANGSA, RIJAL impian AGAMA..
"Harapanku ialah agar rumah ini penuh dengan lelaki-lelaki seperti Abu 'Ubaydah ibn al-Jarrah, Muaz ibn Jabal dan Salim budak suruhan Abu Huzaifah, agar mereka semua dapat digunakan bagi meninggikan kalimah Allah!!" - [Khalifah Islam ke-2, Umar Al-Khattab]
SubhanAllah, lelaki mana yang tidak mahu bercita-cita menjadi seperti ini?
Mustahil.. Jika mereka tiada berkeinginan untuk berusaha menjadi ke arah itu, mereka bukanlah PEMUDA yang digambarkan oleh Bung Sukarno, mereka bukanlah RIJAL yang dimahukan oleh Amirul Mukminin.. mereka hanyalah insan biasa-biasa, bukan INSAN LUAR BIASA.
"Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk.." - [Surah Al-Kahfi, 18:13]
Ya Allah, bukan mudah untuk menjadi pemuda seperti itu, tetapi ia bukanlah satu perkara yang ganjil dan janggal dalam dunia sejarah kegemilangan Islam. Lihatlah Sultan Muhammad Al-Fateh, Usamah bin Zaid, Salahuddin Al-Ayyubi, pemuda-pemuda Al-Kahfi, Saidina Ali, Imam Syafie' dan ramai lagi pemuda kebanggaan agama dalam sejarah kegemilangan Islam.
Mereka semua PEMUDA, mereka semua hampir sebaya kita.. mereka semua bercita-cita.. tetapi bukanlah bercita-cita sekecil jiwa kita, cita-cita mereka HEBAT.. impian mereka BERSEMANGAT.
SubhanAllah, bukti apa lagi yang kita mahukan untuk membuktikan pemuda seperti kitalah yang seharusnya bangun dari lena, sedar dari angan-angan yang sia-sia, bangkit dari alam maya ke alam yang nyata.
Siapa lagi yang akan jadi PENDOKONG UTAMA AGAMA, jika bukan dari dalam kalangan pemuda itu sendiri.
Andalah PEMUDA harapan AGAMA itu!
Lihatlah realiti masa kini.. pemuda kian longlai, pemuda semakin kusut masai, pemuda mudah dihina, pemuda senang dicerca.. pemuda tiada wawasan diri, pemuda tiada pegangan AGAMA yang sejati..
Justeru, untuk berubah dari seorang lelaki biasa kepada PEMUDA LUAR BIASA ini, ada satu perkara yang amat penting untuk kita sama-sama telitikan. Apakah ia?
Itulah HATI ..
Berusahalah untuk mendapat HATI yang suci, bersungguhlah demi memperolehi pangkat PEMUDA yang disegani RABBI.. nescaya pasti ada bahagian untukmu di Akhirat nanti. Percayalah!
Ayuh PEMUDA!!
Ayuh kita semarakkan semangat. Semangat yang kian lama terpendam, semangat yang sudah lama tertanam!
Jangan biarkan ia begitu sahaja, nescaya menyesal kamu di suatu ketika!
Gunakanlah jiwa pemuda kamu di tempat yang sepatutnya, di tempat yang membanggakan Islam, di tempat yang diredhai AS-SALAM


OLD | NEW




Gratisan Musik