\\Afiqah Azaldin//
entry


about


stuff

Le Owner

Kesukaran itu bagaikan celak yang dapat kita gunakan untuk melihat apa yang kita lihat ketika dalam keadaan nikmat...Kejujuran itu kekasih Allah.keterusterangan itu mrupakan sabun pencuci hati.pengalaman itu bukti.dan seorang pemandu jalan x akan membohongi rombongannya.Tidak ada satu pekerjaan yg lebih melegakan hati dan lebih mulia pahalanya selain berzikir kepada Allah..

0 comment(s) ♥ Tuesday, May 29, 2012 ♥ 9:31 PM



BILA DAH PAKAI TAK BOLEH BUKA KE ?

-Firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31

وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Maksudnya:“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka”.

"Apakah hukum memakai niqab?"

Hanya sebilangan minoriti ulama' sahaja mewajibkan wanita memakai niqab bersandarkan kepada dalil "Wanita adalah aurat"

Ada sahabiah yang bertanya kepada ana "betul ke kalau sekali kita pakai purdah,kita x boleh buka lagi purdah tu?sebab wajah kita dah jadi aurat..dan haram kalau orang lain tengok?" Ana bukanlah sesiapa untuk menentukan hukum tersebut.Tapi ana perasan,yang bertanya soalan sebegini kepada ana merupakan mereka yang tidak berpurdah.Ana cuba untuk kongsi apa yang ana tahu ye..

apakah hukum memakai purdah?
Ana bukan ahli dalam perkara hukum, jadi ana akan mengelakkan dari berlagak serba pandai. Namun begitu, ana tak pernah jemu membaca dan mengkaji berkenaan pemakaian purdah, dan setakat yang ana telah fahami, ulama berbeza pendapat mengenainya, iaitu antara wajib dan mustahab, (tetapi jumhur ulama fuqaha mengata wajah tidak wajib ditutup, dan tiada satu pun pendapat yang mengatakan ia haram). Jadi berpurdah boleh, tidak berpurdah juga boleh, asalkan memelihara aurat dengan sempurna.

Hadits Ibnu Abbas menjelaskan bahwa wajah dan kedua telapak tangan bukan termasuk aurat, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam ‘Al-Mushannaf’.
Pendapat kami adalah bahwa hal ini bukanlah hal yang baru. Para ulama dari kalangan ‘As Salafus Shalih’ dan para ahli tafsir seperti Ibnu Jarir Ath-Thabari dan lain-lain mengatakan bahwa wajah bukan termasuk aurat tetapi menutupnya lebih utama.

Bagaimana jika Muslimah itu mendapat kekangan berpurdah di tempat kerja atau sekolah?
Jika kita berpegang kepada hukum mustahab tadi, maka insyaAllah tidak berdosa kalau tidak berpurdah. Jadi, sekiranya peraturan pejabat atau sekolah melarang berpurdah, dan kita tidak mampu nak melanggarnya, ana kira tidak mengapa jika kita membuka wajah sewaktu bekerja atau bersekolah, asalkan aurat terpelihara dengan sempurna. InsyaAllah, kita memohon agar Allah tidak akan mempersoalkan kita dengan perkara yang di luar kemampuan kita. Dan teruskan berdoa tidak putus-putus agar satu hari nanti kita akan berjaya berpurdah secara sepenuh masa.

Cuba renung yang ni...

Hukum wanita menutup muka dengan menggunakan niqab semasa ihram haji atau umrah adalah tidak boleh berdasarkan hadis Rasulullah saw :

لا تنتقب المرأة المحرمة ولا تلبس القفازين

Janganlah wanita yang sedang berihram (haji / umrah) menutup mukanya (memakai niqab) dan memakai sarung tangan.

(Hadis Imam Bukhari : 1012 dan Imam Malik dalam al-Muwattho : 633)

Maka berdasarkan kepada hadis di atas , seseorang wanita yang sedang ihram haji / umrah itu tidak boleh menutup mukanya.

Adapun tentang hadis Saidatina A'isyah r.a yang menutup mukanya ketika berada bersama-sama dengan lelaki ketika ihram sebagaimana hadis dibawah boleh dijadikan hujjah untuk para wanita menutup muka :

كنا إذا ساوى بنا الرجال أسدلنا على وجوهنا وإذا سبقناهم كشفنا وجوهنا

Ketika kami berada bersama-sama (sebaris) dengan lelaki , kami akan menutup wajah kami , dan ketika kami mendahului mereka , kami akan membuka wajah kami.

Wa Allahu A'alam.
 



.....terfikir kah sahabat, bukankah ini sebahagian 'hint' dizaman Rasulullah SAW, lebih-lebih lagi Saidatina Aisyah r.a. memang memakai niqab. Jadi kenapa mempertikaikan?? Lebih rela menegur wanita yang memberatkan aurat daripada membuka auratnya?"

INI HANYA SEDIKIT PERKONGSIAN DARI ANA BUAT SAHABAT - SAHABAT YANG BERTANYA..PADA PANDANGAN ANA WAJAH ITU BUKANLAH AURAT 


TENTANG SOALAN "betul ke kalau sekali kita pakai purdah,kita x boleh buka lagi purdah tu?sebab wajah kita dah jadi aurat..dan haram kalau orang lain tengok?" ana rasa ana dah jawab..FIKIRKANLAH..Wallahua'lam...


OLD | NEW




Gratisan Musik