\\Afiqah Azaldin//
entry


about


stuff

Le Owner

Kesukaran itu bagaikan celak yang dapat kita gunakan untuk melihat apa yang kita lihat ketika dalam keadaan nikmat...Kejujuran itu kekasih Allah.keterusterangan itu mrupakan sabun pencuci hati.pengalaman itu bukti.dan seorang pemandu jalan x akan membohongi rombongannya.Tidak ada satu pekerjaan yg lebih melegakan hati dan lebih mulia pahalanya selain berzikir kepada Allah..

0 comment(s) ♥ Friday, June 1, 2012 ♥ 2:19 AM

Sabarlah duhai hati.
Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.
Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.
Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.
Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.
Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.
Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.
Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti diuji.
Sekuat manakah cintamu pada-Nya, sehebat manakah kasih kamu pada-Nya.
Ujian datang dalam pelbagai cara.
Hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu pada-Nya.
Andai kata kuat dan tetap hatimu pada-Nya, maka bergembiralah.
Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayang-Nya selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisi-Nya masih lemah. Kembalilah pada cinta-Nya yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.
Sudah menjadi sunnah-Nya, setiap yang bergelar mukmin pasti akan diuji.
Dari ujian  itulah, Dia mencari hamba-hamba-Nya yang benar-benar mendambakan keredhaan dari-Nya.
Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?
Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.
Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.
Maka sabarlah duhai hati.
Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang Pencipta,
maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.
Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai Tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati. Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadap-Nya yang sudah pasti disaluti onak dan duri,
akan didatangkan seorang yang turut sama mencintai-Nya sebagaimana dirimu juga.
Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.
Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan Tuhan yang Maha Satu.
Maka sabarlah duhai hati.
Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.
Dia akan datang. Itu sudah pasti.
Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali Dia sang Pencipta cinta itu.
Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang Pencipta cinta itu sendiri.
Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dari-Nya, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.
Artikel iluvislam.com

0 comment(s) ♥ ♥ 2:18 AM


untuk sahabat2 semua...

Ya Allah..
Sesungguhnya Engkau telah membuat hati ini bahagia dengan mencintaiMu..
ku pohon..
Janganlah Engkau membuat hati ini merana kerana mencintai selain dariMu..

Ya Allah..
Andai muslimin itu hanya ujian buatku..
untuk menguji sekuat manakah cintaku terhadapMu..
Izinkanlah aku mempertahankan cintaku terhadapMu..
sesungguhnya kasih sayangMu itu Halus ya Allah..

Engkau sentiasa menguji hambaMu yang Engkau cintai..
Ya Allah..ampuni aku..
Andai nilai cintaku di sisiMu masih lemah..
sesunggunya aku ingin mencintaiMu..

Ya Allah..
hati seorang muslimah yang telah tertulis nama seorang lelaki..
tidak ada lagi ruang untuk NurMu memenuhinya..
peliharalah cintaku terhadapMu..
Andai aku hanyut dengan cinta seorang muslimin...
sedarkanlah daku..
aku tak mahu hanyut ya Allah..
selamatkan aku dengan rahmat Mu...
andai muslimin itu hanya ujian buatku..
kerana...
aku tak sanggup kerana cinta manusia..
cintaMU yang menjadi gantinya...
sungguh...
aku x sanggup ya Allah....

BUAT MUSLIMIN..
 Aku hanya seorang wanita biasa yang menyembunyikan diriku yang manja darimu..
bukan ingin menjadi hipokrit..
tapi aku menutupnya untuk sekian masa sahaja selagi kita belum sah di sisi Allah..
aku bersuara kasar bukan ingin lari dari fitrahku.. 
tapi..
aku menyembuyikan suaraku yang manja darimu.. 
agar kau x mencariku hanya kerana kau tergoda dengannya..
aku menutupi tubuhku seeratnya dari pandanganMu..
seinci rambut pun aku sembunyikan..
semua kerana..
aku lakukan kerana diriku ini akan aku berikan kepada dia yang berhak

0 comment(s) ♥ ♥ 2:15 AM

HANYALAH UNTUK-MU

Di malam ini..
Di musolla ini..
Aku meratap kesedihan..
Aku termenung sendirian..
DIA sajalah yang menemaniku..
DIA sajalah yang menenangkanku...

Di malam ini..
Di musolla ini..
Aku memohon maghfirah-Nya..
Aku memohon cinta-Nya..

Tuhanku..
jangan biarkan aku lemas dalam dongengan palsu ini..
jangan biarkan kejoraku hilang sinarnya..
jangan biarkan ketenanganku diracuninya..

Tuhanku..
sudah fitrahku sebagai makhluk yang diciptakanMu..

Dan sudah menjadi fitrah alam ini..
Ada siang, ada malam...
Ada adam, ada hawa..

Tetapi , alangkah dhaifnya hidupku..
Alangkah kerdilnya diriku..
Mengerti makna sebenar cinta

Wahai cinta agung..
Ketuklah pintu hatiku selama-lamanya..
kurniakanlah cintaku pada-Mu..
melebihi segala-galanya di dunia ini..
kerna hidupku ini HANYALAH untuk-Mu...

aku akhiri luahanku dengan beberapa rangkap pantun...

       Cinta pada bunga,
       Bunga akan layu,
       Cinta pada manusia,
       Manusia akan mati,
       Tetapi cinta pada ALLAH,
       Adalah cinta yang kekal abadi.....

Sekian,Assalamualaikum....


0 comment(s) ♥ Wednesday, May 30, 2012 ♥ 10:15 PM

Dikaulah sahabat dikaulah teman..

SAHABAT..

Saat aku terjatuh engkau sentiasa berusaha membuatku bangkit
Saat aku tersenyum, engkau pun tersenyum dengan indah
Saat aku bersedih, engkau sentiasa menghiburku
Dan saat aku melakukan kesalahan, engkau sentiasa menegurku…
Tidak mengenal waktu, tempat,  dan dimana
Engkau selalu membantuku disaat aku kesulitan
Engkau selalu ada saat aku memerlukanmu

Ukhtifillah..
Kutahu diriku dan dirimu tidak lahir dari rahim ibu yang sama
Namun, persaudaraan yang kita jalin, sungguh melebihi dari persaudaraan kandung…
Engkau menjalin persaudaraan denganku bukan karena melihat pintar atau bodohnya aku
Bukan karena melhat cantik dan jeleknya diriku
bukan karena melihat kaya atau miskinnya keluargaku..
Tapi, engkau dan diriku bersaudara hanya karena satu alasan….
Yaa… Fillah..karena Allah…
Ukhtifillah…
Kuingat diriku yang penuh kekurangan ini..
Saat aku berdiri dihadapanmu dengan segudang masalah yang kuhadapi..
Kutampakkan wajah kusamku di hadapanmu..
Tapi, dirimu begitu sabar menghadapiku…
Wajah masamku tak membuatmu berhenti untuk tersenyum padaku dan mengatakan
"Ukhti, senyum dulu ..."
Walaupun bibir ini teramat sulit untuk tersenyum di saat itu

Tapi hati ini begitu bahagia..bahagia karena engkau senantiasa menghiburku..
Ukhtifillah…
Jika boleh diri ini meminta…
Aku mohon kepadamu..
Jangan pernah menjauh dariku
Tetaplah bersamaku dalam menghadapi ujian di jalan dakwah
Jangan pernah berhenti menasehatiku jika berbuat kesalahan
Dan maafkan diriku jika pernah membuatmu terluka…

Ukhtifillah…
Ku ingin berada di mimbar cahaya kelak bersamamu…
Ku ingin meraih syurga dengan dirimu…
Karena sungguh..ku mencintaimu karena Allah….

0 comment(s) ♥ ♥ 10:12 PM

Mengertilah wahai....

ADAM..
ketahuilah..
seindah hiasan dunia adalah wanita solehah....
aku lebih suka jika Engkau tidak menghubungiku..       
sesungguhnya cara itu lebih aku sukai..
tetapi..
terkadang aku lemah..
aku tewas..
aku tewas dengan nafsu dan perasaanku..

ADAM..
mengertilah..
aku tak mahu menjadi pelemah kepada keimananmu..
aku tak mahu melalaikanmu..
aku ingin engkau menjadi pelindung kepadaku..
adam yang lemah tak mampu menjadi pelindung kepada hawa..


ADAM..
aku wanita biasa yang menyembunyikan diri ku yang manja darimu..
bukan ingin menjadi hikpokrit..
tapi..
aku menutupnya untuk sekian masa sahaja..
selagi kita belum sah di sisi Allah..
aku bersuara kasar bukan ingin lari dari fitrahku..
tapi..
aku menyembunyikan suaraku yang manja darimu..
agar..
kau x mencari aku kerana tergoda dengannya..

ADAM..
aku menutup tubuhku seeratnya dari pandanganmu..
seinci rambut pun aku sembunyikan..
semuanya aku lakukan kerana..
diriku ini kana aku berikan kepada dirinya yang berhak..

Jauh di sudut hati..ana x ingin menjadi pelemah kepada keimanan lelakikerana ana menyedari hakikat kejadian wanita yang menjadi pelemah kepada keimanan lelaki..tetapi..jika adam sendiri yang tidak mengerti..

sengaja ana tidak menghabiskan ayat di atas..agar kita sama2 barfikir..
"jagalah hatimu..dan bantulah dia menjaga imannya"   


NOTA:ini saya copy dan paste sahaje...tp khas utk dikongsi kpd semua..terimalah..

0 comment(s) ♥ ♥ 10:09 PM



If Rasulullah (saw) is in front of you now, what would you say to him? What would you say to him? Are you ashamed? Would you cry? Would you extend all your heart & being? Would you dare do anything less? Then, why do we stray from his way? Ya Rasulullah, sollu ‘alaika ya Habibillah Khairu Khalqillah.

Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, seperti sabdanya,
“Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.” (riwayat al-Darimi).
Hidup dan matinya sentiasa tamak menghulurkan kasih sayang, inginkan kebaikan dan kesejahteraan untuk anak-anaknya, sentiasa merasa berat melihat kesusahan yang ditanggung oleh umatnya dan sentiasa tamak berusaha memberikan petunjuk kepada mereka agar mereka terselamat daripada lubuk kesesatan dan kerosakan.
Allah SWT menjelaskan kecintaan dan keprihatinan Baginda ini melalui firman-Nya dalam surah al-Taubah ayat 128. Malah Rasulullah pernah bersabda:

sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu. (riwayat Bukhari dan Muslim). Apa sahaja yang dilakukan dan difikirkan oleh Baginda semata-mata demi umatnya sehingga Baginda tidak reda seorang pun umatnya terjerumus ke neraka.

Rasulullah utamakan umatnya

Sifat kasih yang mendalam menyebabkan Baginda sentiasa mengutamakan umatnya, tidak mahu umatnya menanggung kesusahan dan segala beban umatnya rela ditanggung sendiri oleh Baginda SAW. Rasulullah SAW bersabda:
Aku lebih utama bagi orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri. Sesiapa dari kalangan kaum Mukminin yang meninggal dunia meninggalkan hutang maka ke ataskulah tanggungjawab melangsaikan hutangnya. Sesiapa dari kalangan mereka yang meninggalkan harta, maka ia adalah bagi warisnya. (riwayat Imam Ahmad, al-Bukhari, Muslim, al-Nasai dan Ibnu Majah). Bahkan, Allah telah berfirman mengenainya sebagai mana dalam surah al-Ahzab ayat 6.
Nabi SAW juga mengambil berat tentang keadaan umatnya dan sentiasa mendoakan mereka. Diriwayatkan oleh al-Bazzar daripada Aisyah berkata:
Tatkala saya melihat Nabi SAW berada dalam keadaan baik, saya berkata, “Wahai Rasulullah! Doakanlah untuk saya.” Rasulullah SAW pun mendoakan, “Ya Allah! Ampunilah dosa Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang.” Mendengarnya, Aisyah ketawa gembira sehingga kepalanya jatuh ke ribanya kerana terlalu gembira. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Adakah doa saya menggembirakan kamu?” Aisyah menjawab, “Kenapa tidak, saya begitu gembira dengan doamu itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah! Inilah doa yang saya panjatkan untuk umat saya dalam setiap solat.”
 Rasulullah adalah duta Allah SWT bagi menyampaikan mesej kasih sayang, dan Baginda telah pun melaksanakan amanah tersebut dengan sempurna. Kasih sayang itu telah pun diterjemahkan dalam segala perbuatan dan perkataan Baginda.

AIRMATA RASULULLAH SAW…

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. ‘Bolehkah saya masuk?’ tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, ‘Maafkanlah, ayahku sedang demam’, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, ‘Siapakah itu wahai anakku?’
‘Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,’ tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. ‘Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,’ kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
‘Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?’, tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
‘Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
‘Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,’ kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. ‘Engkau tidak senang mendengar khabar ini?’, tanya Jibril lagi.
‘Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?’
‘Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,’ kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. ‘Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.’
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. ‘Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?’
Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.
‘Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,’ kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
‘Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.’
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. ‘Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku’
‘peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.’ Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
‘Ummatii,ummatii,ummatiii?’ – ‘Umatku, umatku, umatku’
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Sumber : Jalan Menuju Allah
(bukan saya yang punya karya...juz kongsi sebab artikel nie buat saya menitiskan air mata..huhu..) 

0 comment(s) ♥ ♥ 9:48 PM


Nisa' itu termenung lagi..tiada siapa yang memahami melainkan Allah..sebak di dada ditahannya..air mata diseka dari terus mengalir..sudah tidak tertahan lagi kesedihan di dada..dia menangis sendirian..hidupnya sejak akhir2 ini diselubungi kesedihan...

Nisa' itu ketakutan..takut yang amat sangat..memikirkan kehidupan akhiratnya..tentang kematian..tentang hari perhitungan bersama Rabbnya nanti..air mata menitis lagi...lebih2 lagi apabila memikirkan tentang ahli keluarganya..dia menghitung sendirian..mampukah dia membawa dan membimbing orang yang disayangi menuju jalan cinta Illahi..?..mengamalkan cara hidup seperti yang di tuntut oleh islam..air mata dia menitis lagi..sebak di dada..dia merasakan dirinya keseorangan..Allahuakhbar...kerana tiada siapa memahami..hanya Allah...

Hatinya dipalit rindu kepada Ilahi apabila doktor mengesahkan tentang penyakit yang dihadapinya..dia merasakan hidupnya hanya untuk Illahi..Nisa' itu hanya mahukan cinta Allah sebelum menghembuskan nafas terakhir..sejak akhir2 ini..hatinya terlalu sensitif.Hatinya selalu merindukan teman2..rindukan insan yang disayangainya..

Nisa' itu cuba untuk tidak membuka cinta di hati ntuk mana2 rijal..kerana dia hanya mahukan cinta Ilahi..semakin kuat dia mengejar cinta Allah semakin kuat ujian yang datang..dia rebah..dia x terdaya lagi..tetapi dia x sanggup meninggalkan insan yang disayanginya terkapai-kapai mencari Allah..dia mahu sebelum menghembuskan nafas terakhir, insan2 yang disayanginya merasakan cinta Illahi..nisa' itu mahu menjadi menara hidayah bagi insan2 yang disayanginya..namun...mereka x mangerti akan perjuanganya..hanya teman sejati yang mengerti..dia sedih..tetapi nisa' itu kembali muhasabah diri.. bahawa dia bukanlah pemilik hidayah..hanya Allah pemilik hidayah..sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri x mampu memberikan hidayah kepada insan yang terhampir dengan Baginda iaitu Abu Talib..

Nisa' itu pandai menyembunyikan rahsia hatinya..sahabat2 langsung x dapat mengesan kesedihan hatinya..pandai dia menyembunyikan semuanya..di mata sahabat dia merupakan seorang yang tenang..tidak sahabat...dia cuma x mahu menyusahkan orang lain..walaupun bibirya tersenyum tatkala bersama sahabat2 tetapi apabila keseorangan dia akan menangis..mengenangkan insan yang disayanginya...yang telah hanyut dengan dunia..hatinya hancur..remuk..kerana dia tahu hidup ini hanya sementara..

Sejak akhir2 ni dia selalu sakit2..hatinya merintih kepada Ilahi..dia akan tersenyum tatkala melihat Al Quran..kerana dia tahu al Quran itu penawar kepada panyakit...dia hanya berserah..dia nekad cinta di hati hanya untuk Allah..dia tidak mahu lagi memikirkan cinta rijal..biarkan dia mengejar cinta Allah selagi hayatnya masih dikandung badan..kerana dia yakin jika tiada jodoh di dunia pasti berjodoh di akirat kelak..tetapi andai telah tertulis akan jodohnya di dunia dia terima...


YA ALLAH, AKU TAKUT MENJADI HAMBA-MU YANG BERDOSA, TETAPI AKU LEBIH TAKUT TERGOLONG DALAM HAMBA YANG BERBANGGA DENGAN DOSA-DOSANYA...

Kawan kawan
Ketika aku menulis disini
Aku berasa amat berdosa
Bukan tujuan ku mengadu pada kamu semua,
Tapi sekadar mengingati diri yang hina
Yang sangat berdosa..
Disamping mngingati sesama kita yg semakin hanyut melupakan dia

Kawan-kawan
Kadang kadang aku terlupa & terleka
Kerana punya jiwa yang tiada istiqamah padaNya..
Seringkali berulang melakukn dosa..
Tanpa mmikirkn Dia..


Kawan kawan
Kadang kadang aku lupa & alpa dgn dunia
Merasa diri berkuasa kerana terhijab..
Merasa celik tp sebenarnya buta..
Merasa gagah tp sebenarnya aku tiada apa apa..
Sebaliknya semua milikNya..

Kawan kawan
Kadang kadang aku terleka & bangga dgn amalan
apalah sgt amalanku jika dibanding dgn khidmatNya
Mengerakkn jatung dan nafasku setiap masa,tanpa henti-henti memberi rahmatNya..
Kerana Ar-Rahman & Ar-Rahim kepada hambaNya..
Walhal aku sendiri seringkali melupakanNya..

Kawan kawan
Aku sangat takut kawan kawan..
Bagaimana jika aku dipanggil bertemu Dia..
Cukupkah amalanku walhal sebenarnya itu bukan amalanku..
Cukupkah amal jariahku walhal itu adalah ehsanNya padaku..
Cukupkah semua itu walhal semua itu adalah daripadaNya..

Aku brasa sngat berdosa ketika ini Ya Allah Ya Tuhanku..
kawan kawanku..
Marilah memaafi sesama kita..
berdoa kepadaNya..
Agar kita semua iaitu hamba hambaNya..
Dapat mengadap kepadaNya..
Bukan dalam keadaan bangga dengan amalan,sedekah jariah dan apa saja..
kerana itu hakikatnya adalah hakNya..
Tapi ckuplah dengan sekeping hati yang hina disisiNya yg sangat CINTA dan RINDU akan Dia...

Ya Allah ampunilah dosa dosa kami dan datangkan lah rasa rindu dan cinta pada MU itu kepada kami semua

Ya Allah tiada yang lain melainkan Mu YA Allah...
Hanya keredhaan Mu yang aku harapkan...



Apabila seseorang itu redha dengan kesakitan, maka kesakitan itu akan menjadi penghapus dosa-dosanya ( Hadis Riwayat Bukhari )

NOTA:juz copy and paste...tp cite ini sgt menarik....


OLD




Gratisan Musik